Blog Archive

PENGENALAN
Siri LomoTembak kali ini membawakan Pulau Pangkor sebagai destinasi The Lomorangers untuk bersantai sambil pura-pura menembak gambar-gambar di Pangkor. Seperti siri Putrajaya, Port Dickson dan Melaka tempoh hari, kami menjanjikan adalah pengalaman santai tanpa prejudis.

TENTATIF

Hari Pertama.

7.00am : Berkumpul dan sarapan di Stesen Pudu Raya
8.30am : Perjalanan bermula
12.45pm : Tiba di Stesen Bas Lumut
1.00pm : Makan Tengahari / Solat
2.00pm : Menaiki feri ke Pulau Pangkor
3.00pm : Mendaftar masuk ke chalet
4.00pm : Aktiviti bebas sampai lewat malam

Hari Kedua.

6.30am : Solat Subuh berjemaah
7.30am : Senaman / aerobik / permainan rakyat
8.30am : Sarapan pagi
9.30am : Snorkling/Mandi
12.30pm : Makan Tengahari / solat Zohor
2.00pm : Lomo Matrix dan aktiviti analog
5.00pm : Bola sepak pantai / Bola Tampar pantai bersama gadis-gadis genit
7.00pm : Melihat matahari terbenam / Solat Maghrib
8.00pm : Makan Malam (BBQ)
10.00pm : Outing Malam / Light Painting / Star Trail

Hari Ketiga.

6.30am : Solat Subuh berjemaah
8.30am : Sarapan
10.00am : Sesi Table Talk (TT) dan rumusan aktivit
12.00pm : Pendaftaran keluar dan bertolak pulang

BAJET JANGKAAN
Kami menjangkakan perbelanjaan perjalanan dan penginapa adalah dibawah RM200.

Namun sebarang kebarangkalian di luar jangka adalah bukan di bawah kekuasaan kami. (Dalam bahasa mudah, bawalah duit lebih)

PENDAFTARAN
Kepada yang berminat boleh menghubungi terus (sila telefon, ya);

Pelayar Ibu Kota Cinta : 013 211 9560.

PERINGATAN
Kepada sesiapa yang di bawah umur 18 tahun, sila dapatkan kebenaran keluarga anda untuk mengikuti siri LomoTembak ini. Dan pastikan anda menyediakan filem dan kelengkapan diri secukupnya.

0 Komentar: